Selasa, 7 September 2010

MISI RAWATAN DI PASIR MAS, KELANTAN.

Alhamdulillah, syukur ke hadarat Ilahi, kerana dengan limpah KurniaNya, sekali lagi saya dapat menulis dan menambah ruangan pengalaman rawatan ini. Setelah sekian lama tidak bersua bersama pembaca budiman, akhirnya pada kali ini saya diberi kekuatan untuk berkongsi sedikit lagi pengalaman merawat.

sebenarnya, sebelum ini telah banyak sesi rawatan yang saya lakukan bersama sahabat di sini malah tidak kurang juga semasa berada di kampung halaman. Namun, saya hanya ingin kongsikan pengalaman yang terbaru saya ketika melakukan rawatan di Kelantan.

Rezeki ada di mana-mana. Allah jua yang menentukan segala-galanya. Sungguh tidak saya menyangkakan bahawa saya berpeluang menjejak kaki ke negeri Serambi Mekah ini. selama lebih kurang 5 hari saya berada di Kelantan untuk merawat seorang ayah kepada kawan seperjuangan.

sesi rawatan berjalan seperti biasa, alhamdulillah di bulan puasa ini gangguan mudah diselesaikan dengan izin Allah S.W.T.. Layanan mesra tuan rumah itu sendiri memberikan saya satu suasana mesra dan gembira. Selama 5 hari berada di Pasir Mas, ssaya berasa amat senang hati. Menunaikan solat terawih berjemaah dengan penduduk kampung sesuatu yang bermakna bagi saya. Begitu juga dengan aktiviti berbuka puasa bersama penduduk kampung. Langkah kanan, aktiviti berbka puasa bersama penduduk kampung dilakukan pada hari pertama ketibaan saya di Kelantan. Alhamdulillah.

Berbalik semula kepada rawatan. Selain daripada merawat ayah kawan saya itu, saya juga berkesempatan untuk melakukan 'scan' ke atas dua lagi pesakit yang disyaki. Alhamdulillah, pesakit pertama tiada tanda-tanda gangguan, namun pesakit yang kedua memiliki tanda-tanda gangguan. Namun keterbatasan masa saya berada di sana menyebabkan saya hanya sempat untuk menyediakan air Ruqyah dan air mandian untuk pesakit. InsyaAllah jika Allah mengizinkan lagi, saya akan ke Kelantan untuk misi kedua selepas bulan Ramadhan.

2 ulasan:

Awangku Johan berkata...

salam dan thniah wat azmee coz telah berjaya menjayakan misi rawatann d Kelantan.. n thniah jugak coz telah berjaya menjejak kaki ke negeri Serambi Mekah.. amacam perasan azmee ke sana?? syukur.. smakin banyak kita mengamalkan sesuatu ilmu smakin berkembang la pgalaman kita.. bgitu la jg dgn amalan kita.. cth;
Kita tanam lada, 40 hari baru dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungannya tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tetapi memakan masa bertahun-tahun. bgitu la dgn amalan kita d bulan puasa lbh2 lgi beramal dgn kebaikan.. hasilnya adalah berlipat ganda.. insyaallah skiranya mndapati ramadhan d thn hadapan gunakan sbaiknya ya azmee bgitu jg dgn abg ak.. insyaallah....

bestnya ko p ke kelantan.. jelez gua.. hahaha

azmee87 berkata...

hehe..lpas ni ada rwtn susulan lg..klu bkesemptn..ikutdgn fariq..kita boking awal2..huhu