Sabtu, 30 Januari 2010

Kursus Di Akademik Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE).



Bergambar bersama pesrta dari Nigeria

Gambar-gambar kenangan di Akrine..InsyaAllah jika ada rezeki akan datang semula ke sana..



bersama Tarmimi

bersama Azman


Firman Allah SWT

"(Ingatlah) hari yang pada waktu itu Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (untuk dihisab), itulah hari diperlihatkan segala kesalahan, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keuntungan yang besar."

(Surah at-Taghabun, 64:9)

Selamat beramal dan jagalah iman dengan sebaiknya..Moga kita memperoleh kejayaan dunia dan akhirat..InsyaAllah..Amin..

Jumaat, 29 Januari 2010

DUA dalam SATU..

Alhamdulillah, Allah memberi peluang pada saya untuk menambah penulisan hasil pengalaman merawat pesakit yang dinganggu jin. Semalam saya menerima satu panggilan kecemasan dari salah sebuah kolej kediaman di sekitar Tg. Malim, pesakit disyaki terkena sihir.

Alhamdulillah, saya smpai ke kolej kediaman tersebut tanpa gangguan di tengah perjalanan. Perkara utama yang saya lakukan adalah mengasingkan pesakit ke tempat yang lebih baik suasananya kemudian membuat benteng agar jin tidak dapat melihat pesakit atau jika ada tukang sihir yang melihat insyaAllah, penyihir tidak akan dapat melihat pesakit.

Ketika melakukan sesi rawatan, tiba-tiba ada seorang budak lagi yang tinggal serumah kerasukan. Saya hanya mengesyaki bahawa budak itu memiliki jin saka atau jin sihir. Saya bernasib baik pada malam itu, Allah telah memberikan saya bantuan dengan kehadiran seorang lagi rakan perawat, dia banyak membantu saya pada malam itu. Saya meminta supaya budak yang kerasukan itu tadi diasingkan ke bilik yang lain dan membuat pagar agar tiada pertalian secara langsung dengan pesakit yang sedang saya rawat.

Sejurus kemudian, saya menghentikan TKR pd pesakit disebabkan pesakit sihir tidak mampu melawan jin di tubuhnya. Sementara menunggu pesakit itu rehat, saya menguruskan pula pesakit yang kerasukan tadi. Memang benar tekaan saya apabila pesakit yang kerasukan tadi memiliki jin saka. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan pada malam itu, saya tidak banyak berdialog dengan jin saka, saya hanya menggunakan teknik kaki, 'ya' atau 'tidak'. Saya memberi pilihan kepada jin saka itu, sama ada ingin keluar dan dihantar ke Darul Islah atau disembelih.

Akhirnya dengan izin Allah, jin itu menerima tawaran pertama, iaitu berpindah ke Darul Islah. Dengan tidak membuang masa, saya terus memindahkan jin dan jin itu keluar daripada tubuh pesakit dan tidak akan kembali lagi ke tubuh itu semula. InsyaAllah.

Selesai pesakit yang memiliki jin saka, saya beralih semula kepada pesakit pertama, dan menyambung sedikit lagi rawatan, namun saya terpaksa menghentikan rawatan terhadap pesakit sihir kerana hari terlalu jauh malam. Dengan menggunakan teknik menidurkan jin, alhamdulillah, semua jin sihir dapat ditidurkan dengan izin Allah. InsyaAllah rawatan akan disambung di hari seterusnya.

Moga pembaca budiman mengetahui dan memahami bahawa, setiap apa yang berlaku itu adalah dengan ketentuan Allah dan hanya dengan izinNya sahaja sesuatu itu akan berlaku. Mari sama-sama meningkatkan amal dan menjaga iman dengan baik. Jagalah hati ini sebaik-baiknya.

Khamis, 28 Januari 2010

Jin Berselimut Kulit Babi..

Hari yang menguji kesabaran hamba-hambaNya. Semalam, saya melakkan sesi rawatan lagi terhadap seorang pesakit. Pesakit telah disihir. Selepas melakukan 'scan' pesakit kerasukan. Satu barang sihir telah ditemui dan saya mengarahkan seorang sahabat membakarnya selepas membacakan ayat al-Quran.

Apa yang berlaku, jin menjadi lebih agresif berbanding sebelum ini. 'Blocking' yang saya buat tidak mendatangkan kesan yang banyak kepada jin tersebut. Malah jin itu menjadi semakin liar dan menyerang perawat yang ada di sana termasuklah saya sendiri. Jatuh kaca mata ini dipukul oleh pesakit. Tapi, saya dan kawan perawat yang lain tidak berputus asa. Saya mengarahkan muslimah untuk memegang pesakit supaya pesakit tidak bertindak liar.

Saya telah meruqyah, namun kurang memberikan kesan kepada jin. Kemudian, saya bertanya kepada seorang lagi sahabat perawat yang berpengalaman. Alhamdulillah, ada sesuatu yang tidak dipecahkan lagi, iaitu, memecahkan perisai jin. Perisai yang diperbuat secara ghaib daripada kulit babi. Mengetahui hakikat itu, saya dengan izin Allah melemparkan tubuh pesakit dengan ayat-ayat pemecah dengan niat untuk memecahkan kulit babi yang melindunginya.

Alhamdulillah, memang benar, perisai yang pecah itu menyebabkan jin itu kembali lemah dan mampu dikawal dan tidak agresif seperti beberapa minit lepas. Sejurus kemudian, sahabat cuba menenangkan jin, kemudian melakukan diplomasi.

Betapa gembiranya hati saya sert perawat seangkatan, apabila jin itu menerima islam. Rakan saya membawa jin mengucap dua khalimah syahadat, kemudian saya memberikan jin itu nama ( fatimah) baru. Kemudiannya, saya memberikan Fatimah pilihan sama ada ingin ke serambi madinah secara sendirian atau dengan mengikuti jemaah dari serambi. Namun, Fatimah memilih untuk pergi sendiri. Sebelum meninggalkan tubuh pesakit, saya meminta Fatimah supaya tidak kembali lagi ditubuh pesakit dan jika dia kembali, dia akan dilaknat oleh Allah dan layak menerima hukuman pedih. Selain itu, saya telah mengajarkan Fatimah dengan ayatul Qursi sebagai perlindungan daripada gangguan jin jahat atau daripada diseru oleh ketuanya lagi.

Moga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit dan moga pembaca budiman sama-sama mendoakan kesembuhan buat pesakit yang dirawat. Mari sama-sama memperbaiki amal dan menjaga iman sebaik mungkin, sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang taat dan patuh pada perintahNya, insyaAllah.

Selasa, 26 Januari 2010

Saka,Asyik&Sihir...

Alhamdulillah, syukur kepadaNya, kerana, baru sebentar tadi, saya melakukan sesi rawatan terhadap seorang pesakit. Selepas melakukan 'scan' menggunakan teknik '1881', pesakit kerasukan. Saya hanya tanya beberapa soalan, bilangan jin, dan jenis jin. Dalam tubuh pesakit, terdapat tiga jenis jin, saka, asyik dan sihir. saya memulakan dengan mengeluarkan jin sihir, sebelum meneruskan rawatan, bilik dan juga pesakit telah saya blok untuk tujuan tidak di masuki oleh mana-mana jin lagi.

Jin sihir melebihi 100 di dalam badan, ada yang ingin keluar setelah 'ikatan' dirungkaikan, ada pula yang berdegil untuk terus tinggal di situ. Jin sihir yang ingin keluar saya terus pindahkan ke tempat lain. Jin yang tinggal berkurang menjadi separuh lagi daripada jumlah asal. setelah melakukan diplomasi, saya terpaksa menggunakan kekerasan. Saya memberi sedikit siksaan kepada mereka dengan izin Allah mereka kesakitan.

Untuk tidak membuang masa, saya menyuruh jin saka memanggil 'ketua' jin sihir yang ada di dalam badan pesakit. Alhamdulillah ketua jin keluar dan berdialog dengan saya. Saya telah berdiplomasi, dan menawarkan rumah baru, kesembuhan dan dihantar ke tempat yang tidak dapat dicari oleh tuannya lagi. Namun, yang menyayat hati saya apabila, jin-jin sihir ini tidak mahu keluar dan rela disembelih. Saya tiada pilihan, ikatan telah dibuka, dan mereka tidak mahu keluar. Saya menyembelih ketua jin bersama anak-anak buahnya.

Jin asyik pula lain ceritanya, jin ini boleh dibawa berdiplomasi, saya memohon pada Allah agar hatinya dilembutkan untuk menerima pasangan baru yang sama keturunan, dan memberitahu bahawa pilihan Allah adalah yang paling tepat. Saya memberikan masa untuk jin ini berfikir terhadap tawaran saya itu, alhamdulillah, dengan izin Allah, jin ini bersetuju untuk bersama-sama dengan pasangan yang berasal dari keturunan jin. Saya menadah tangan kepada Allah dan memohon agar Allah menurunkan jin betina untuk jin ini. Dengan kekuasaanNya, jin itu melihat jin betina dan kemudian keluar daripada tubuh pesakit. Alhamdulillah.

Selesai mengeluarkan jin asyik, jin saka juga turut lesap. Kemudian, saya membuat 'blok' kepada pesakit agar pesakit tidak dimasuki jin lagi. Saya juga memohon kepada Allah agar pesakit diberi kesembuhan. InsyaAllah.

Kepada pembaca budiman, marilah bersama-sama meningkatkan amal, menjaga iman, dan bertaqwa, sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi hambaNya yang taat dan patuh pada perintahNya. InsyaAllah.

Ahad, 24 Januari 2010

Jin Berpindah ke Rumah Baru...

Setelah selesai menyembelih jin sihir, nampaknya, ada lagi seekor jin yang menumpang ditubuh pesakit. Jin ini merupakan jin yang telah lama menetap di kawasan ini. Dan menjadikan rumah pesakit sebagai rumah baru. Kemudian, saya memberitahu jin ini supaya keluar daripada rumah tersebut kerana dia tiada hak menduduki rumah itu dan tidak boleh mencerobohi badan pesakit.

Alhamdulillah, jin ini boleh dibawa untuk berdiplomasi. Saya member tawaran untuk tinggal di sebuah rumah baru. Selang lima minit berfikir, jin itu akhirnya bersetuju untuk tinggal di rumah yang baru dan akan meninggalkan rumah pesakit.

Saya memohon kepada Allah untuk menyediakan rumah untuk jin itu sambil membacakan surah tertentu dan bersungguh-sungguh meletakkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, selesai berdoa, saya meniupkan tangan ke sebelah kiri pesakit, dan bertanyakan jin itu sama ada dia melihat rumah baru atau tidak. Akhirnya, jin itu mengangguk yang dia telah melihat rumah baru. Kemudian, saya memberi arahan keluar kepada jin itu. Sejurus kemudian, pesakit sembuh.

Alhamdulillah.

Jin Sihir + Rawatan Ringkas..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya merawat lagi seorang pesakit. Pesakit ini pernah melakukan rawatan bersama sahabat saya yang mana beliau sedang 'berpraktikum' ketika ini. Pesakit ini baru sahaja sembuh, namun setelah melepaskan jin yang dimasukkan ke dalam botol, pesakit ini diserang lagi. Saya menenangkan diri, dan berfikir sejenak apa yang harus dilakukan, kerana saya tidak mahu tergopoh-gapah menyelesaikan rawatan ini, kerana ianya berisiko. Alhamdulillah, Allah memberikan ilham kepada saya untuk menggunakan teknik-teknik yang saya pelajari sebelum ini. Jin sihir yang memasuki semula badan pesakit agak sombong, dan keras kepala. saya telah memohon maaf bagi pihak sahabat kerana mengurungnya di dalam botol melebihi dua hari. Selain itu, saya memberitahu bahawa, saya ingin membantu, dan menawarkan jin itu dengan memohon kepada Allah berpindah ke tempat baru serta kesembuhan.

Namun, keangkuhan dan kesombongan jin itu menyebabkan diplomasi tidak berjaya. Lantas memberikan dua pilihan. Sama ada ingin keluar ( saya tawarkan kesembuhan dan memiliki rumah baru) atau dihukum sembelih.

Jin sihir itu tidak memberikan kerjasama. setelah memberikan amaran sebanyak tiga kali. Dengan izin Allah, saya menyembelihnya. Jin itu mati dengan izin Allah.

Kemudian pesakit itu, saya buatkan 'block' ghaib agar tidak diganggu lagi.

Selamat di lahirkan ke Dunia yang Sementara..

bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinanNya, pada hari ini, genaplah umur saya 23 tahun. Semoga Allah memberkati dan membantu perjuangan saya menjadi perawat yang baik. Kepada keluarga, kawan-kawan, sahabat handai mahupun rakan taulan, trima kasih di atas ingatan kalian terhadap saya..Moga Allah memberikan kejayaan di dunia dan akhira kepada semua, insyaAllah..Amin..

Keletihan yang Amat Bermakna..

Pada 23-24hb, saya bersama dua sahabat mengikuti kursus intensif rawatan islam di Kuang. Pengalaman yang cukup memberi makna kepada saya dan juga sahabat ketika berada di sana. Kami mempelajari pelbagai kaedah dan teknik ketika berhadapan dengan makhluk yang tidak kelihatan yang memasuki tubuh manusia. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami bertiga berjaya menamatkan kursus tanpa sebarang halangan dan kami telah memperolehi pengijazahan daripada Ust. Majid untuk melakukan rawatan. InsyaAllah, ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang ditimba di sepanjang kursus itu akan saya manfaatkan dan amalkan serta mengaplikasikannya untuk membantu mereka yang memerlukan.

Khamis, 14 Januari 2010

Demam..

Semalam diserang demam. Susah untuk melakukan rawatan. sukar untuk memberi tumpuan. Saya bernasib baik, sebab ada seorang kawan yang membantu saya. Moga Allah menyembuhkan pesakit dan juga menghilangkan demam ini.Amin..

Sabtu, 2 Januari 2010

Jin bertelinga besar dan merah..

Assalammualaikum w.b.t.

Sekian lama tidak mengemaskini blog ini, Alhamdulillah dengan izin Allah dan sedikit kekuatan yang diberikan, saya sekali lagi dapat menambah koleksi penulisan di ruangan yang tidak seberapa ini. hampir sebulan juga saya berada di kampung halaman yang menyajikan saya dengan seribu satu kenikmatan dan ketenangan berada dalam suasana kampung.
Baiklah, kembali kepada cerita jin bertelinga besar dan merah.

Satu masa, selepas menunaikan solat jumaat, yakni saya diberi amanah menjadi bilal ketika itu seorang ustaz bertemu dengan saya dan mengajak saya serta adik saya untuk bertandang ke rumah beliau. Tanpa melengahkan masa, kami segera mengikuti beliau ke rumahnya yang hanya bersebelahan dengan masjid tempat kami menunaikan solat sebentar tadi.

Ustaz ini merupakan imam utama di kampung itu, malah beliau merupakan seorang ustaz di beberapa buah sekolah sebelum bersara. Sebelum ini, beliau pernah melakukan rawatan dengan hamba Allah yang tidak dinyatakan namanya, dan Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit pelik beliau sembuh. Beliau menyatakan bahawa hamba Allah yang memberi rawatan itu telah menemui barang sihir di bawah tangga rumah beliau. Secara kesimpulan kecilnya, beliau dirawat kerana terkena sihir.

Namun, pertemuan singkat dengan saya pada ketika itu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin menghilangkan saka yang ada padanya. Saya berfikir seketika, kemudian menanyakan beberapa soalan pada beliau. Antaranya, tanda-tanda ketika tidur dan ketika jaga. Berdasarkan petanda-petanda itu, memang beliau berisiko memiliki saka. Namun, selepas itu, saya memberitahu bahawa saka sukar untuk dirawat. Rawatan memerlukan masa dan berperingkat-peringkat. Kerana kebanyakan jin saka datang pada masa-masa tertentu sahaja. Melainkan dalam keadaan tertentu, misalnya si pesakit terkena sihir, kemungkinan jin saka akan hadir bersama, biasanya cuba melindungi tuannya.

Pelbagai penerangan yang saya berikan mengenai saka termasuk cara berpindah dan kehadiran dalam diri seseorang. Kemudian saya melakukan ‘scan’ ke atas diri beliau.

Terdapat beberapa teknik yang boleh dilakukan, namun pada hari tersebut Allah mengilhamkan saya untuk menggunakan teknik melihat ‘tapak tangan’. Sebelum sesi scan dimulakan, saya membacakan ruqyah pada segelas air untuk diminumkan. Namun tiada apa-apa reaksi yang ditunjukkan beliau. Sebentar kemudian saya membacakan bebrapa ayat suci dan meniupkan pada tapak tangan, kemudian meminta beliau melihat ke tapak tangan saya. Dengan izin Allah, beliau heran dan memberitahu bahawa beliau terlihat warna biru pada tapak tangan saya. Kewujudan warna itu menguatkan saya bahawa ustaz ini mempunyai jin pada batang tubuhnya.

Teknik ruqyah melalui bacaan pada telinga nampaknya kurang berkesan, kerana beliau hanya bertindakbalas sedikit sahaja. Kemudian, saya menggunakan teknik TKR. Beliau bersedia untuk sesi itu. Dengan membaca beberapa potongan ayat suci al-Quran dalam keadaan menutup mata, saya membacakan ayat tertentu dan menyuruh beliau membayangkan bahawa diri beliau berada di dalam tubuh sendiri. Bermula daripada bahagian kepala, kemudian kebahagian dada. Tiba-tiba beliau terkejut kerana melihat sesuatu bersembunyi di sebalik hatinya sendiri. Ada seekor jin yang mempunyai telinga yang besar dan berwarna merah. Kemudian saya meminta beliau menadah tangan dan membacakan ayat untuk membakar jin itu, pada percubaan pertama jin itu semakin membesar, dan dengan itu saya memohon pada Allah untuk menggandakan api dengan iringan potongan ayat suci.

Jin itu kemudiaanya hilang, dan berpindah ke atas kepala. Kali ini beliau melihat seluruhnya gelap angkara jin tersebut. Sekali lagi, saya memohon pada Allah untuk menghujankan jarum-jarum yang banyak kepada jin itu. Alhamdulillah, kegelapan di atas kepala beliau berubah menjadi terang.

Selesai sesi itu, beliau mengucapkan syukur kerana badan beliau terasa lebih ringan dan cergas. Saya juga berterima kasih kepada beliau kerana meng galakkan kepada saya untuk mendalami ilmu rawatan islam.
Walaupun demikian, kes saka yang menghantui beliau belum selesai. insyaAllah dalam masa yang terdekat ini, saya berusaha sekadar yang termampu untuk merawat beliau. insyaAllah.