Sabtu, 23 Oktober 2010

Teknik Ruqyah Dan Sembelih

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T., kerana dengan limpah kurnianya, saya berpeluang lagi untuk menambah penulisan mengenai pengalaman merawat.(Walaupun saya sibuk dengan tugasan akademik, untuk menamatkan tugasan bertulis di akhir semester pengajian di UPSI).

Semalam, hari yang cukup letih, mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ust Abi Shahid dengan tajuk Explorasi Rawatan Islam. Sesi ceramah diakhiri dengan sesi 'scan' pelajar. Selepas membuat ikrar pemutus dan membacakan beberapa ayat ruqyah, 4 pesakit kerasukan.

Saya melakukan rawatan terhadap seorang pesakit, manakala Ust. Shahid merawat 3 pesakit yang lain.

Rawatan kali ini, saya tidak banyak menggunakan kedah dialog, sekadar bertanya soalan penting dan meminta jin keluar daripada tubuh pesakit. Jin degil,saya meneruskan bacaan ruqyah dengan tartil. Jin meraung kesakitan. Selepas menggunakan teknik 'racun jin', saya menggunakan teknik pancung, jin bertambah kesakitan. saya bertanya lagi, sama ada jin ingin keluar atau ingin terus diazab dengan ayat-ayat Allah. Jin masih berdegil walaupun ikatan dan kunci telah dibuka.

Sebentar kemudian, saya membacakan ayat azab pada sehelai serban, kemudian memukul badan pesakit pada kadar perlahan dengan niat memukul keras jin yang ada di dalam badan. Pesakit (jin) hampir rebah ke lantai kerana tidak dapat menanggung azab Allah.

akhir sekali, bila diplomasi, dakwah, dan pujukan jin tidak endahkan, saya memohon kepada Allah untuk meneruskan rawatan dengan menggunakan teknik 'sembelih'. Sambil membaca ayat azab, saya menggunakan besi rawatan menyembelih jin. Dengan izin Allah, jin itu mati, kemudian pesakit sedar semula dalam keadaan terpinga-pinga. saya meminta perawat muslimah menguruskan hal yang selebihnya.
Wallahu'alam.

(*semua pengalaman ini sekadar perkongsian, jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknik-teknik rawatan, sila hadiri mana-mana kursus rawatan Islam yang dianjurkan, sebagai peringatan kepada diri saya dan juga orang lain, kita hanya merawat, kesembuhan adalah milik Allah S.W.T sepenuhnya. Berdoa pada Allah diberi keizinan menggunakan teknik,doakan kesembuhan kepada pesakit,doa dipermudahkan urusan semasa merawat, ingat dalam merawat, Allah akan turunkan bermacam-macam ujian, jangan mudah putus asa, mohon ilham daripada Allah S.W.T dengan mengerjakan solat sunat hajat. InsyaAllah, jika rawatan tidak selesai pada hari ini, esok atau lusa, mungkin tulat Allah akan beri keizinan untuk selesaikan rawatan).

1 ulasan:

Akhi berkata...

Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan..
Pasir Mas kelantan