Isnin, 22 Februari 2010

8 Jin Asyik Dalam Satu Tubuh...

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merawat jin asyik yang banyak dalam satu tubuh seorang pesakit. S bukan nama sebenar, telah lama melakukan rawatan dengan allahyarham seorang perawat senior. S sering dimasuki jin asyik.

Sebelum ini, saya pernah merawat S mengeluarkan jin sihir. Alhamdulillah, jin sihir yang lepas dapat dikeluarkan dan telah memeluk islam. Jin yang saya keluarkan kali ini berbeza sedikit, kerana semuanya jin asyik yang menunggu giliran untuk memasuki tubuh S. Saya tidak benarkan hal ini berlaku.

Sesi scanning saya mulakan. Bila smpai satu masa, pesakit kerasukan. Ini lebih memudahkan kerja saya. Namun apa yang tidak terduga, rupanya dalam tubuh ada 8 jin asyik yang sedang menunggu giliran. Ketika melakukan rawatan tiba-tiba pesakit makin agresif. Walaupun telah diikat secara ghaib, namun pesakit mampu bangkit dan mengejar dua orang rakan perawat.

Saya mengarahkan jin itu duduk, lantas jin itu duduk. Pada hemah saya, kemungkinan jin itu mengejar rakan perawat kerana kedua-dua mereka membaca ruqyah secara senyap dan menyebabkan jin itu terganggu berdialog dengan saya. Wallahu'alam.

Beberapa ketika, setelah saya tenangkan hati jin, baharulah dia ingin berdialog dengan lembut, tetapi bukan dengan saya, tetapi dengan seorang rakan perawat muslimah. Saya benarkan mereka berdialog. Banyak yang didiplomasikan muallij muslimah itu dengan jin asyik tersebut. Akhirnya, muslimah itu meminta saya untuk datang atas permintaan jin untuk mengahwinkan jin itu dengan pesakit. Hal ini saya tidak persetujui, dkerana ia melanggar peraturan alam. Kemudian saya meminta muallij muslimah itu untuk memujuknya memasuki islam. Namun syarat yang dikenakan tidak logik. Oleh itu, saya menenangkan diri untuk mendapat ilham.

Alhamdulillah, jin itu berubah hati, jin itu meminta muallij muslimah untuk meminta bantuan saya untuk mengeluarkan jin-jin asyik yang lain yang tinggal di tubuh pesakit. Tanpa membuang masa, saya mengeluarkan semuanya. Selesai mengeluarkan jin-jin yang lain, saya berdilog dengan jin tersebut. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah, jin itu dilembutkan hatinya untuk memeluk islam, saya dakwahkan tentang keindahan islam serta kelebihan-kelebihan memeluk islam. Jin itu mengikut saya mengucap dua khalimah syahadah.

Setelah memeluk islam, jin itu tidak mahu keluar kerana risau tiada siapa yang akan menjaga pesakit. Dengan tidak membuang masa, saya menawarkan sebagai penjaga kepada pesakit itu dan meminta supaya jin itu keluar. Alhamdulillah, jin itu meminta saya memanggilkan jin islan dari serambi Madinah untuk membawanya ke sana.

Sebelum pergi meninggalkan tubuh pesakit, saya membekalkan jin itu ayatul Qursi sebagai pendinding daripada jin yang jahat.

Syukur pada Allah, pesakit sedar selepas jin itu keluar daripada tubuhnya.

Ahad, 21 Februari 2010

'Scanning' Jarak Jauh (satu R&D)...

hari ini, saya diberikan lagi kesempatan untuk menambah penulisan dalam blog ini.
bezanya, pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik baru, iaitu 'scanning' jarak jauh.

lazimnya pesakit akan datang untuk melakukan scanning dan kaedah ini lebih memberikan kesan jika dilakukan oleh perawat itu sendiri ke atas pesakit secara bersemuka. Namun, dalam beberapa kes pesakit sebelum datang menerima rawatan lanjutan, saya telah menggunakan teknik 'scan' jarak jauh.

Untuk kajian ini, saya baru memulakan dengan 5 orang yang berbeza untuk melakukan R&D 'scan' jarak jauh. walaupun bilangan ini sedikit, namun 3 daripada 5 orang yang disyaki berisiko tersebut menunjukkan tanda-tanda tubuh mendapat gangguan. salah satu kesan daripada teknik 'scan' jarak jauh ini adalah merasa bahang di bahagian-bahagian tertentu, merasa kebas di bahagian-bahagian tertentu, dan denyutan yang berterusan di bahagian-bahagian badan yang tertentu.

Untuk menguji keberkesanan ini, saya hanya melakukan 'scan' tanpa memberitahu pesakit bila saya memulakan proses itu. Kemudian, pesakit itu sendiri akan memberitahu dengan saya bahawa ada yang merasa panas, kebas atau berdenyut tanpa henti di bahagian-bahagian tertentu pada badan mereka.

Namun demikian, saya tidak dapat mengesahkan lagi teknik ini kerana masih berada di peringkat awal. InsyaAllah, jika R&D ini berjaya, mudah untuk perawat melakukan sesi rawatan kepada pesakit yang berisiko (khususnya jin saka, sihir dan asyik).

Namun sebagai peringatan, bagi sesiapa yang ingin melakukan 'scan' berjumpalah perawat-perawat yang telah ditauliahkan atau mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang rawatan secara islam.

Moga pembaca budiman diberkati oleh Allah s.w.t..ameen.

Rabu, 10 Februari 2010

Air Mata Sesalan Selamatkan Manusia Daripada Neraka....

Sesungguhnya ada beberapa amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada bahaya api neraka. Bagi mengetahui apakah amalan itu, ikuti sebuah hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat, tetapi diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan yang ikhlas yang dilakukannya semasa di dunia.

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie', daripada Ibnu Abi Hudaei', daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai'd bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

kepada pembaca budiman, mari sama-sama tingkatkan amal..jaga amal sebaiknya..mari sama-sama menginsafi kesilapan dan kesalahan lalu atau yang mungkin berlaku..manusia golongan yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..

Jumaat, 5 Februari 2010

Khamis, 4 Februari 2010

Permaisuri Jin Kristian Memeluk Islam.


Ketika selesai melakukan perbincangan mengenai program yang dijalankan di Kolej Kediaman ini. Saya menerima satu panggilan kecemasan dari kolej kediaman yang lokasinya hanya bersebelahan dengan kolej ini.

Pesakit pertama terkena sihir. Setelah menggunakan teknik scan ‘1881’ kaki pesakit kebas dan menunjukkan reaksi dengan goncangan kaki yang kuat. Saya mengarahkan jin sihir bergerak ke kaki kiri atau mana-mana jin tumpang yang menumpang ditubuh pesakit dan saka di sebelah kanan. Kaki kiri sahaja yang menunjukkan reaksi. Saya memberi pilihan sama ingin keluar atau dirotan dan sakit dengan izin Allah. Ada juga yang keluar, dan ada yang terikat dan tidak mahu keluar daripada tubuh pesakit.
Saya berdiri sambil mencari ilham, dan bertenang. Ketika melakukan ruqyah, secara tiba-tiba, seorang lagi pesakit muslimah kerasukan. Allah memberi ujian kepada saya dan perawat-perawat lain. Saya mengetuai rawatan itu, dan dibantu oleh-rakan-rakan lain. Betapa terkejutnya saya apabila jin yang merasuk itu adalah permaisuri jin kristian. Angkuh dan sombong jin itu, sebarang ayat ruqyah yang saya dan teman-teman tiupkan ditepis dengan mudah. Dengan itu, saya mengambil pengalaman lalu, dengan mencari punca kelemahan dinding perisai. Saya sempat bertanyakan kepada permaisuri jin kristian itu, ternyata dia tidak tahu mengenai asal usul agama itu.

Alhamdulillah, setelah letih berbicara dengan jin yang angkuh itu, akhirnya Allah memberikan saya ilham untuk membacakan surah Yasin disekeliling pesakit. Saya dapat perhatikan perisai permaisuri jin itu semakin lemah. Dikesempatan inilah saya memecahkan perisai bersama bantuan rakan-rakan perawat yang lain. Permaisuri jin itu semakin lemah, dan semakin kesakitan apabila saya dan rakan-rakan membacakan ayat azab daripada Allah. Ada yang seperti menyebat, ada yang bertindak seperti menusuk dan saya membuat aksi membelah dadapermaisuri jin itu. Tidak lama selepas itu, permaisuri jin tertiarap di atas lantai. Dan masa inilah saya mengambil kesempatan berdakwah kepada jin itu. Jin itu tidak boleh becakap dan meminta sebatang pen untuk menulis. Soalan demi persoalan telah terjawab. Permaisuri itu adalah jin sihir. Tetapi tidak terikat. Saya dakwahkan jin itu dan memperkenalkan agama Allah, Alhamdulillah, jin itu bersetuju memasuki islam.

Saya telah mengajarkan permaisuri jin itu mengucap dua khalimah shahadah dan memberikan nama baru iaitu, Ainul Mardiah (ilham rakan perawat)serta mengajarkan Ainul ayatul kursi sebagai pembenteng daripada jin-jin yang jahat dan untuk mengelak daripada didekati oleh penyihir. Sebelum keluar daripada tubuh pesakit, saya telah membakar lagi 3 ekor jin yang terikat di kaki Ainul Mardiah. Setelah membuka ikatan, saya mengeluarkan jin-jin itu keluar daripada kaki Ainul Mardiah.

Berbalik kepada pesakit sihir itu tadi, keadaan sama turut berlaku, dengan membacakan Yasin di tepi kri kanan dan atas, Alhamdulillah, ikatan sihir terungkai satu demi satu dan jin keluar serta merta. Saya mengunci tempat jin itu keluar, iaitu di bahagian kaki.

Setelah sedar, pesakit seperti biasa, akan saya berikan dakwah dan tazkirah untuk mendinding diri daripada dikuasai jin atau makhluk halus. Saya berpesan pada diri sendiri dan kepada kedua-dua pesakit agar mengamalkan bacaan surah tertentu untuk menghindarkan diri daripada dikuasai makhluk yang tidak kelihatan. Saya juga tela mengingatkan mereka bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah serta memberi panduan kepda mereka untuk sentiasa melakukan zikir dan tasbih di dalam apa jua keadaan.

Jin ‘tumpang’ Beragama Islam Keluar dan Mendapat Pasangan Baru Dengan Izin Allah.

Pada satu malam sebelum sempat saya tidurkan diri, saya menerima satu panggilan kecemasan. Panggilan itu datangnya daripada jiran kolej kediaman sebelah. Pesakit itu terkena santau, saya mengikhtiarkan pesakit itu dengan meminum air ruqyah dan madu ( madu yang telah diruqyah ditempah khas daripada AKRINE).

Sedang saya melakukan ‘scan’ kepada pesakit santau, mana tahu ada jin lain yang menduduki tubuh pesakit, secara tiba-tiba rakan yang menemani pesakit itu menunjukkan simptom-simptom dimasuki jin.

Saya meminta muslimah mengasingkan kedua-dua mereka dan Alhamdulillah pesakit yang terkena santau itu saya rehatkan sebentar dan fokus pula pada pesakit yang kerasukan tadi.

Saya menggunakan teknik rotan. Setelah lama jin itu tersiksa dengan izin Allah, saya memanggil ketua jin dan ketua jin pun keluar. Jin itu beragama islam. Akhirnya, saya dibantu oleh seorang rakan perawat untuk berdialog dan memujuk jin itu. Saya amat bersyukur pada Allah kerana Jin itu ingin keluar sekiranya Allah memberikannya seekor jin betina yang mirip seperti pesakit itu. Dengan tidak membuang masa, saya bersungguh-sungguh dan meletakkan diri pada Allah agar Allah memberikan jin itu seekor jin betina yang sama seperti wajah pesakit. Maha Suci Allah, jin itu melihat sambil tersipu malu melihat jin betina di tepi kirinya. Kemudian, saya menamakan jin itu sebagai Amirul (ilham rakan perawat) dan jin betina itu bernama Lasmi, yakni nama tuan empunya tubuh.

Dengang tidak membuang masa, saya meminta ketua jin itu keluar bersama-sama anak buahnya dan membacakan ikrar bersama supaya tidak memasuki tubuh pesakit itu lagi dan sekiranya Amirul kembali, dia akan dilaknat oleh Allah.

Selesai melakukan rawatan, dan pesakit telah sedar, saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedkit tazkirah untuk menguatkan ingatan kepada Allah yang maha mencipta dan maha berkuasa. Ingatlah bahawa hati kunci penting untuk menguatkan diri, insyaAllah.