Sabtu, 6 Mac 2010

Asyik, Sihir, Saka ( silat dan tukang urut )

alhamdulillah, pada hari ini, saya berpeluang sekali lagi untuk merawat seorang pesakit yang telah melakukan 'appointment' sebelum ini. Saya pernah melakukan 'scan' jarak jauh terhadap pesakit ini, tindak balas dan scan jarak jauh tersebut menyebabkan kaki terasa kebas, dan sering mendapat mimpi pelik ( jin marah dengan kesan 'scanning' tersebut).

setelah mengesyaki bahawa pesakit berisiko, pada rawatan pertama, jin tidak ada di tubuh. Namun, selepas sesi kedua iaitu sebentar tadi, jin-jin yang mengganggu pun keluar menunjukkan diri. 4 jin dalam satu tubuh.Bilangan yang kecil, tetapi jin pelbagai jenis.

saya mengeluarkan dahulu jin asyik tersebut. Jin asyik tersebut merupakan jin betina dan beragama islam. Mudah bagi saya menyampaikan dakwah dan berdiplomasi. Jin itu keluar dan berjanji tidak kembali ke tubuh atau mana-mana tubuh manusia yang lain. Kerana jin itu beragama islam. Alhamdulillah. Rawatan yang tidak terlalu panjang.

Jin kedua adalah jin sihir. Jin sihir ini juga adalah jin Islam. Oleh sebab itu, saya hanya berdiplomasi, dan menawarkan untuk keluar daripada tubuh pesakit serta didoakan agar telinga dipekakkan dan tidak boleh mendengar penyihir membacakan mantera untuk menyerunya lagi. Seperti biasa, jin itu telah berjanji tidak akan masuk semula ke tubuh atau mana-mana manusia lain jika tidak dia akan dilaknat oleh Allah, malaikat, Nabi dan umat islam. Alhamdulillah.

Jin seterusnya adalah jin saka mengurut. Dan jin inilah yang sering muncul dalam mimpi pesakit, dan ciri-cirinya yang pandai mengurut itu, sama seperti yang diceritakan oleh pesakit kepada saya. Jin ini juga adalah jin islam. jadi, mudah bagi saya untuk menguruskan perundingan. Jin ini meminta untuk tinggal di rumah baru, kemudian saya memohon kepada Allah untuk diturunkan sebuah rumah baru untuk jin saka tukang urut itu tadi. Selesai memohon doa, jin dapat melihat sebuah rumah baru dan ingin keluar, dan seperti biasa, saya meminta jin itu membuat perjanjian supaya tidak memasuki tubuh pesakit ataupun tubuh manusia lain. Kemudian jin itu keluar dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Jin terakhir adalah jin saka silat. Jin ini terlalu degil, dan kuat menipu. Pelbagai rundingan telah dibuat, namun jin itu tetap berdegil. Masa pantas berlalu, saya telah keletihan begitu juga dengan rakan perawat. Memandangkan hari pun telah jauh malam, saya memberhentikan rawatan dan akan bersambung semula pada keesokan harinya. InsyaAllah.

Moga Allah memberkati pembaca yang budiman. Ameen.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum,..ingin saya bertanya...bagaimanakah mengatasi jin silat ini..degil,dan sangat susah untuk meninngalkan pesakit? adakah berdosa jika menggunakan silat ini untuk mempertahankan diri?

Tanpa Nama berkata...

salam saya ingin dapatkan khidmat en. ameer untuk berubat. saya boleh dihubungi di emel aminuddin231@hotmail.com

sharizan tan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.