Selasa, 5 Oktober 2010

SAKA 7 PUTERI DAN 77 JIN SIHIR..

Salam..
Alhamdulillah, hari ini saya diberi lagi sedikit kekuatan untuk menambah pengalaman merawat gangguan jin. Kali ini, kes berlaku di salah sebuah unit kediaman luar kampus berdekatan kolej kediaman saya. Pesakit sebenarnya telah pun tidak sedarkan diri sebelum masuk waktu maghrib. Saya berkesempatan melihat situasi, namun seruan Allah saya utamakan.

Selepas solat maghrib berjemaah, saya meminta seorang lagi rakan perawat untuk membantu. Ternyata, jin yang ada pada tubuh pesakit sangat degil. Rawatan terhenti di situ kerana da urusan akademik yang perlu diselesaikan. Namun, hanya seketika, saya mendapat satu panggilan kecemasan. Panggilan daripada rakan perawat muslimah. Saya sudah mengagak, pesakit itu adalah pesakit yang sebentar tadi saya rawat.(sebelum ini pesakit pernah dirawat oleh dua orang perawat senior).

‘scanning’ demi ‘scanning’, jin tidak mahu berdialog dalam apa jua bentuk keadaan. Badan yang terasa letih menyebabkan saya meminta dua lagi rakan perawat datang. Alhamdulillah, dalam beberapa ketika membaca ruqyah dan melakukan beberapa teknik, ucapan salam saya disambut oleh jin. Seketika berbicara, akhirnya saya dan rakan perawat tahu banyak perkara yang perlu kami ketahui. Salah satunya, jin itu adalah jin saka 7 puteri yang datangnya daripada Indonesia. Manakala jin sihir yang dihantar ada 77ekor di dalam tubuh, kesemuanya memiliki perisai.

Sejurus kemudian, saya meminta rakan perawat membaca ruqyah untuk memecahkan dinding sihir. Namun tidak memberi kesan. Jin saka pun tidak dapat melawan jin sihir yang banyak bilangannya. Oleh itu, jin saka meminta bantuan saya dan rakan-rakan untuk melepaskan ikatan jin sihir kemudian jin saka akan keluar. Saya tanpa berfikir panjang, meminta 3 rakan perawat untuk meruqyah, membakar jin sihir serta menariknya keluar. Alhamdulillah, dengan ilham yang Allah kurniakan, teknik memecahkan perisai sihir dan membuka ikatan sihir dengan cara membaca ruqyah berjemaah berkesan. Pesakit sedar semula dalam keadaan terpinga-pinga. Namun saya dan rakan-rakan menenteramkan pesakit. Kemudian memberikan sedikit tazkirah dan amalan-amalan pembenteng untuk pesakit amalkan. Sebelum meninggalkan rumah pesakit (sebenarnya rumah staff) saya membekalkan pesakit air ruqyah untuk diminum dan mandi.

Terima kasih kepada rakan-rakan perawat min (Saiful, Khalid, Amirul, Syukri) dan perawat mat (Zurin dan Zulaikha). Moga Allah memberkati perjuangan kita ini. Amin.

14 ulasan:

Jin nortee berkata...

kah kah kah!
nak menipu mamak ni, kalau nak cari duit, belajar sungguh-sungguh. Asyik nak menipu melayu aje!, sebarkan 1001 khurafat.

Si mamak ini kata :
"‘scanning’ demi ‘scanning’, jin tidak mahu berdialog dalam apa jua bentuk keadaan ..... Alhamdulillah, dalam beberapa ketika membaca ruqyah dan melakukan beberapa teknik,ucapan salam saya disambut oleh jin".

Oiii, heronya mamak ini, boleh scan jin?, dengan apa mamak ini scan jin?. dengan mikroscop ke? atau pengimbas X-ray?.
Kemudian jin jawab salamnya?. Kah kah kah! jin pandai beri salam, salam satu Malaysia agaknya!.

Ditulis lagi :
"Salah satunya, jin itu adalah jin saka 7 puteri yang datangnya daripada Indonesia. Manakala jin sihir yang dihantar ada 77ekor di dalam tubuh, kesemuanya memiliki perisai".

Kau orang tak tahu ke?, jin ini jenis jin power rangers, bukan dari Indonesia, tapi dari japan.

si mamak ini tulis lagi,
"Oleh itu, jin saka meminta bantuan saya dan rakan-rakan untuk melepaskan ikatan jin sihir kemudian jin saka akan keluar".

Ini baru anak melayu sejati, jin pun minta tolong daripada dia!. Kalau nak menipu pun janganlah keterlaluan, nanti orang tahu kita menipu.
Kami puak-puak jin sepakat mengatakan bahawa cerita ini adalah usaha nakal manusia penipu untuk mencemarkan nama baik para jin-jin. Kah kah kah kah kah!

azmee87 berkata...

salam..ingat bhwa Allah mnrunkan ujian dlm apa jua bntuk..tk kire d mne brda,atau dlm apa jua keadaan..'scan' adalah ikhtiar..jin juga makhluk Allah..dalam al-Quran ada mnyebut bhwa jn dn mnusia dciptkan utk mnyembah Allah..sy mwakili muallij dn muallijah yg baru, ingin mgucapkn trima kasih atas komen saudara ini..bt pgtahuan saudara, dspnjg sy mlakukn rwtn, sy tdk prnah meminta psakit mmberikn byrn thdp bntuan yg sy beri,hnya mmhon drp Allah utk dbrikan gnjrn pahala..mlainkan, psakit sndri yg mmbrikn sumbangan dn hadiah..itupun kita tolak brdsrkn situasi trtntu dn menerima hadiah yg dberikan bdsrkn keadaan trtntu..sumbngn yg dtrima sy gunakan utk mmbeli bhn utk psakit lain..
moga Allah memberkati saudara..
wassalam.

Jin nortee berkata...

kah kah kah!
berapa bayaran untuk org yang mengubat bukan isu dalam dunia jin, tapi meraba dan membuat pelbagai dakwaan yang samar dalam dunia jin adalah suatu penipuan.
Agama Islam adalah agama Allah, diturunkan dgn rahmat daripada Allah. Al-Qur'an adalah rujukan kepada Islam, pentafsiran yang tepat kepada al-Qur,an adalah Rasululah SAW. Setiap perkara yang didakwa sebagai Islam mestilah dirujuk kepada al-Qur'an.
Keimanan kepada kewujudan jin adalah sebahagian daripada aqidah Islamiah. Sesiapa yang menolak kewujudan jin merupakan seuatu yang menyesatkan.
Masalah palin besar, beginikah kita beriman kepada kewujudan Jin?.
Adakah kepercayaan kita kepada Jin bersumber kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.
Bolehkah kita membuat dakwaan sesuka hati mengenai jin yang diperolehi daripada sumber yang tidak diyakini?.
Alam kami dan puak-puak kami sedang menanti jawapan daripada sekelian manusia.

azmee87 berkata...

salam jin..jgnlah putar belit cerita ..sila baca banyak lagi hadis yang menyebut mengenai alam ghaib..cari cerita mengenai Rasulullah di sihir..sila rujuk al-Quran surah an-nas..surah al-jin..dan kisah yg menceritakan Nabi Sulaiman dengan kaum jin..syukran.

Jin nortee berkata...

kah kah kah!
berani kau tuduh kami putar beli cerita, nanti aku suruh jin Bukit Panau pergi tembeleng kamu.
Macamana kau boleh cakap tentang puak kami, sedangkan kau belum pernah lihat kami. Apa yang kau kata mengenai kami hanya kenyataan kosong yang keluar dari otak seorang yang berkhayal sahaja.
Pernah kau tengok kami, bagaimana wajah kami?, bagaimana hidung kami?, bagaimana rupa kaki kami?.
Kalau kau boleh sebut dengan betul, kami akan berikan hadiah khusus yang dibawa oleh jin Jabal Makhtam Mesir.
Ingat kalau salah kami akan jadikan kau penipu besar.
kah kah kah!
Lepas ini bolehlah kita berhujah dengan al-Qur'an dan hadis pula.

azmee87 berkata...

salam..awak ni islam ke kafir? mgapa perlu meminta pertolongan jin utk tempeleng sy..ingat, Allah telah jelas menyatakan dalam al-Quran,Allah tidak mengampunkan dosa syirik..moga Allah memberi hidayah buat kamu..ameen..wassalam.

jin nortee berkata...

kah kah kah!
jawab yang ditanya, puak jin dah tak boleh sabar, pandai-pandai nak tipu orang ramai atas nama jin.
Tunjukkan kepada kami, mana ayat al-Qur'an yang menunjukkan jin boleh di scan?.
Mana kau tahu puak kami gila sex, boleh dipujuk dengan perempuan?.
Jangan banyak berdalih, tunjukkan bukti ....

hack3line berkata...

jin sekarang dah pandai main internet rupanya.. hahaha

Nonama berkata...

azmee87,
sebagai seorang perawat, ko jgn ambik kisah sgt segala kritikan dan tohmahan. Teruskan usaha spt biasa. Jgn jadikan ia kudis. tq

Unknown berkata...

azmee87,,,kita manusia biasa,,,hamba allah,,,biarkan aje dia syok sendiri,,dia nk jdi jin ke ape kew????????????yg dpat blasan nty dia,,,allah maha besar di seluruh alam dan ciptaannye,,,mungkin dia xsdar dia dhidupkan ats khendak sapa,,,ok,,,wat2 bsabar,,usaha menguatkan iman,,,,assalammualaikum

qimriey berkata...


hellow en jin nortee... awk pk awk bagus sngt ke... nk perlekehkan org konon... mcm la bagus sngt... senang citer la... awk pegi ubat org... baru tau susah ke senang... hek elleh... cam bgus sngt... x payah la nk komen org sangat.... kite manusia nie sme je... baik buruk pun ade... semua orng buat silap... awk pun silap... awk ingat bagus sngt ke rendah2kan org lain.... org lg hine tengok dri awk tau.... huh!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kah......

Agen berkata...

Mohon bantuan saudara utk merawat saka pada nenek sy... Setakat ni tiada sorng pn dpt buang saka trsebut... Bagaimna sy nk hubungi saudara?

Unknown berkata...

azmee_alqaid87@yahoo.com