Isnin, 28 Mac 2011

Ujian Allah..

Assalammualaikum wbt..
Syukur ke hadarat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, sekali lagi saya dapat mengisi ruangan perkongsian pengalaman rawatan yang saya lakukan.

Sebagai salah seorang guru yang sedang menjalani praktikal mengajar di salah sebuah sekolah di Kuala Pilah, tentunya menjadi cabaran baru dalam lipatan hidup ini. Secara umumnya, budaya hampir sama, cuma pmakanan mungkin sedikit berbeza. Saya mula makan pedas.huhu..

walau bagaimanapun, penulisan kali ini akan menceritakan mengenai kehidupan dalam dunia rawatan tidak akan lekang dengan ujian Allah. Saya akui, ujian datang tidak mengira waktu,tanpa mengenal situasi..dan itu lah ujian buat kita hambaNya yang lemah.

Hampir dua bulan saya berpraktikal mengajar di sini, ada beberapa kes gangguan makhluk halus yang menguji segenap kekuatan diri ini. Bukan mudah untuk seorang guru membahagikan masa untuk semua ini. Namun, kelebihan yang Allah beri saya manfaatkan dan tidak mengeluh untuk ujian yang datang menghambat keras. Ujian demi ujian, saya hanya ingin senyum dengan semua itu, kerana saya ada Allah, tempat menceritakan dan meluahkan rasa hati.

Sesungguhnya, Allah maha memahami perjuangan dan jihad kita setiap hari. Kebiasaanya, kes histeria dan kerasukan akan berlaku di mana-mana tempat sekali pun, termasuk kawasan sekolah. Dan cabaran itulah yang telah saya mula sebatikan dalam hidup seharian sebagai seorang guru. Sebagai salah seorang yang diberi kepercayaan untuk menguruskan kes-kes sedemikian, saya banyak berhadapan dengan pelbagai jenis gangguan terhadap pesakit. Majoriti makhluk yang merasuk berasal dari sekolah itu sendiri. Ikhtiar yang boleh dilakukan adalah 'pagar' sekolah tersebut dengan bacaan ayat suci al-Quran.