Selasa, 10 November 2009

Pengalaman Merawat…








(sekadar gambar hiasan)


Assalammualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alam, selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat-sahabat Nabi.
Alhamdulillah, pada hari ini saya dikurniakan kelapangan untuk menambah penulisan dalam blog ini. Pelbagai cerita serta pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca budiman yang sudi meluangkan masa untuk singgah sebentar di halaman ini.
Cerita pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai pengalaman merawat pesakit yang dihuni jin. Secara praktikalnya, saya hanya pernah sekali menggunakan ayat ruqyah pada adik saya ketika berada di kampong semasa cuti semester 4. Ayat-ayat ruqyah tahriqul jin ini telah saya pelajari ketika mengikuti seminar Rawatan Islam di salah sebuah Kolej Kediaman UPSI sewaktu berada di semester 4.

Sebenarnya ayat-ayat ruqyah ini, secara tidak sengaja kita telah pelajari dan mengamalkannya sewaktu solat atau digunakan mungkin dalam majlis-majlis membaca Yasin. Namun, ayat-ayat Allah ini amat besar kegunaannya. Bukan sekadar dibacakan dalam solat, tetapi juga boleh digunakan dalam rawatan Islam.

Berbalik semula kepada pengalaman menggunakan ruqyah tahriqul jin ini semasa di kampong, pada ketika itu lewat pukul 1 pagi. Ketika saya ingin melelapkan mata di bilik tidur. Tiba-tiba sedang saya membacakan ayat-ayat suci al-Qur’an, adik saya Azizan (bukan nama sebenar), seakan-akan menjerit. Namun, saya tidak mempedulikan hal itu. Saya kira ianya sekadar mimpi di waktu malam. Kemudian, ibu datang memanggil saya untuk melihat keadaan adik yang seakan-akan terikat oleh sesuatu atau dikunci sesuatu. Hanya mata dan mulut dapat digerakkan, yang menghairankan suara tidak dapat dilontarkan.

Apabila melihat keadaan itu, saya mengetahui bahawa ada makhluk lain yang datang mengganggu adik saya ini. Tanpa membuang masa, saya yang masih dalam keadaan belum batal wuduk, memulakan dengan zikir dan membacakan al-Fatihah, diikuti ayatul kursi dan potongan surah al-mukminun. Alhamdulillah, adik saya mula dapat melepaskan diri dan mengucapkan khalimah ‘astagfirullah al’azim’ berulang-ulang.

Selepas beberapa ketika adik saya sedar, saya mula bertanyakan punca sebenar mengapa hal sedemikian berlaku. Satu sahaja jawapannya, dia berkata bahawa, dia terlihat sekumpulan tentera turun dari atas dan memegang kepalanya. Kemudian salah satu tentera itu memanggil nama dan memegang kepala adik saya. Kemudian dia berkeadaan seperti yang disebutkan sebentar tadi. Sebelum menyambung tidur, saya telah memagarkan rumah dengan ayat-ayat Allah. Kemudian mengigatkan adik saya untuk mengambil wuduk serta membaca beberapa surah dan potongan ayat daripada surah al-Baqarah sebelum tidur. Alhamdulillah, sehingga bangun di waktu pagi, adik saya ceria seperti biasa..

Pengalaman seterusnya, berlaku lebih kurang dua minggu lepas. Saya menemani senior serumah Man (bukan nama sebenar) untuk merawat pesakit yang dimasuki jin. Saya datang ke sesi rawatan Man ini kerana ingin mempelajari teknik-teknik yang betul ketika berhadapan dengan pesakit sedemikian. Sebenarnya, sebelum ini sering menemani saudara Man untuk merawat pesakit-pesakit hysteria, saka dan sihir. Namun sesi rawatan kali ini, lebih bermakna kerana, saya dapat mempelajari lebih banyak lagi teknik daripada saudara Man.

Sesi rawatan pada hari itu kami lakukan di surau Kolej Kediaman, ditemani oleh beberapa lagi sahabat yang mempunyai tujuan yang sama. Pada malam itu, saya rasa bertuah, kerana Man memberi peluang kepada saya untuk memulakan sesi ‘scan’ menggunakan ruqyah yang telah dipelajari sebelum ini. saya mulakan dengan membaca al-Fatihah, kemudian potongan surah al-Baqarah diikuti dengan potongan ayat dari surah al-mukminun, serta azan dan iqamah. Ketika sedang membacakan al-Fatihah, pesakit sedikit terganggu(jin), kemudian bila smpai kepada ayatul kursi, pesakit menunjukkan tanda-tanda tidak selesa sambil memegang bahu kanan. Bacaan diteruskan dengan membaca potongan ayat dari surah al-Mukminun, pesakit mula menjerit sedikit dan jeritan itu semakin kuat apabila azan dibacakan di telinganya.

Setelah iqamah abis dibacakan, pesakit(jin) yang ada di dalam badan kesakitan. Menjerit bila aku ugut untuk bacakan ayat pembakar jin. Sesi dialog yang saya buat tidak Berjaya. Kemudian disambung oleh saudara Man. Alhamdulillah, dengan beberapa paksaan, jin tersebut akur dan memasuki islam atas tawaran yang saudara Man lakukan.

Semoga Allah memberi kekuatan rohani serta kekuatan melakukan lebih banyak amalan di dalam perjuangan mendekati dan mencari redha Ilahi di masa-masa akan datang. Semoga pembaca budiman mengambil iktibar bahawaal-Qur’an merupakan qalam Allah yang kekal sehingga hari qiamat yang mana terkandung pelbagai ilmu yang amat baik untuk kita pelajari dan amalkan sehingga nafas yang terakhir kita di dunia ini. InsyaAllah, sama-sama kita tingkatkan amalan, dan jangan tinggalkan solat dengan sengaja dan bersegeralah menunaikannya. Kuatkan iman, agar kita sam-sama dapat menghindarkan diri daripada terjerumus ke lembah maksiat yang amat dibenci Allah S.W.T.