Isnin, 22 Februari 2010

8 Jin Asyik Dalam Satu Tubuh...

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merawat jin asyik yang banyak dalam satu tubuh seorang pesakit. S bukan nama sebenar, telah lama melakukan rawatan dengan allahyarham seorang perawat senior. S sering dimasuki jin asyik.

Sebelum ini, saya pernah merawat S mengeluarkan jin sihir. Alhamdulillah, jin sihir yang lepas dapat dikeluarkan dan telah memeluk islam. Jin yang saya keluarkan kali ini berbeza sedikit, kerana semuanya jin asyik yang menunggu giliran untuk memasuki tubuh S. Saya tidak benarkan hal ini berlaku.

Sesi scanning saya mulakan. Bila smpai satu masa, pesakit kerasukan. Ini lebih memudahkan kerja saya. Namun apa yang tidak terduga, rupanya dalam tubuh ada 8 jin asyik yang sedang menunggu giliran. Ketika melakukan rawatan tiba-tiba pesakit makin agresif. Walaupun telah diikat secara ghaib, namun pesakit mampu bangkit dan mengejar dua orang rakan perawat.

Saya mengarahkan jin itu duduk, lantas jin itu duduk. Pada hemah saya, kemungkinan jin itu mengejar rakan perawat kerana kedua-dua mereka membaca ruqyah secara senyap dan menyebabkan jin itu terganggu berdialog dengan saya. Wallahu'alam.

Beberapa ketika, setelah saya tenangkan hati jin, baharulah dia ingin berdialog dengan lembut, tetapi bukan dengan saya, tetapi dengan seorang rakan perawat muslimah. Saya benarkan mereka berdialog. Banyak yang didiplomasikan muallij muslimah itu dengan jin asyik tersebut. Akhirnya, muslimah itu meminta saya untuk datang atas permintaan jin untuk mengahwinkan jin itu dengan pesakit. Hal ini saya tidak persetujui, dkerana ia melanggar peraturan alam. Kemudian saya meminta muallij muslimah itu untuk memujuknya memasuki islam. Namun syarat yang dikenakan tidak logik. Oleh itu, saya menenangkan diri untuk mendapat ilham.

Alhamdulillah, jin itu berubah hati, jin itu meminta muallij muslimah untuk meminta bantuan saya untuk mengeluarkan jin-jin asyik yang lain yang tinggal di tubuh pesakit. Tanpa membuang masa, saya mengeluarkan semuanya. Selesai mengeluarkan jin-jin yang lain, saya berdilog dengan jin tersebut. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah, jin itu dilembutkan hatinya untuk memeluk islam, saya dakwahkan tentang keindahan islam serta kelebihan-kelebihan memeluk islam. Jin itu mengikut saya mengucap dua khalimah syahadah.

Setelah memeluk islam, jin itu tidak mahu keluar kerana risau tiada siapa yang akan menjaga pesakit. Dengan tidak membuang masa, saya menawarkan sebagai penjaga kepada pesakit itu dan meminta supaya jin itu keluar. Alhamdulillah, jin itu meminta saya memanggilkan jin islan dari serambi Madinah untuk membawanya ke sana.

Sebelum pergi meninggalkan tubuh pesakit, saya membekalkan jin itu ayatul Qursi sebagai pendinding daripada jin yang jahat.

Syukur pada Allah, pesakit sedar selepas jin itu keluar daripada tubuhnya.

Tiada ulasan: