Ahad, 28 Mac 2010

Ketua Jin Dari Sungai Petani..

selepas mengeluarkan 8 jin daripada tubuh seorang pesakit. Saya telah diberi amaran bahawa ketua jin akan mengancam saya dan hubungan pesakit dengan tunang pesakit tersebut. Semasa sesi scan saya jalankan ke atas 4 orang pesakit, secara tiba-tiba, seorang pesakit menangis duduk di tepi. Saya membiarkan sahaja.
Selesai scan keempat-empat orang tersebut, ada seorang pesakit yang mengalami gangguan. Namun, saya tidurkan sebentar jin pesakit yang di scan sebentar tadi dan beralih kepada pesakit yang dah kerasukan.
Jin ini terlalu agresfi, sehingga katan yang dibuat secara ghaib tidak berkesan. Oleh itu, saya meminta beberapa mat untuk memegang pesakit. Jin keras kepala, saya kemudiannya memasangkan bacaan Yaasiin, jin makin agresif, namun, sebentar kemudian, jin semakin hilang tenaga. pada waktu tersebut saya meneruskan dialog dengan jin. Namun jin tidak mahu bekerjasama.
menurut pesakit jin ini penah datang ketika pesakit bersolat dan menakutkan pesakit dengan berubah menjadi seekor ular yang besar. Selain itu, jin tersebut mengganggu tidur pesakit beserta tidur tunang pesakit.
saya tidak mahu berdialog lama. Sebab mengambil masa yang cukup panjang.Oleh itu, saya beri banyak tawaran termasuk memasuki islam. Namun, jin terlalu ingkar, sombong, dan degil. Setelah puas berbicara, saya menggunakan teknik pancungan untuk memancung jin di tubuh pesakit. Setelah memberi azab kepada jin. Jin masih tidak mahu keluar daripada tubuh.
pilihan terakhir adalah dengan menyembelih(ugutan sahaja). Namun jin semakin agresif. Akhirnya, setelah cukup banyak prundingan yang dibuat. Saya menyembelih ketua jin tersebut. Pesakit sedar semula selepas jin mati perlahan-lahan dengan izin Allah..wassalam.

Jin sihir+tangkal...

alhamdulillah, hari ini, saya diberi lagi kekuatan untuk meneruskan penulisan di ruangan blog yang tidak seberapa ini.
sebentar tadi, saya mendapat panggilan emergency daripada blok bangunan sebelah. Ada kes gangguan. Nasib baik, saya belum tidur pada waktu tersebut. Dengan izin Allah, saya ke rumah pesakit dengan kadar segera.
Pesakit dirasuki jin. Jin sihir dan jin yang ditugaskan menjaga pesakit. Jin sihir yang dihantar, saya minta keluar. alhamdulillah keluar. Namun jin yang menjaga tubuh pesakit, agak kasar dan sombong serta degil. Tanpa berfikir panjang, saya menggunakan teknik baling buah Zaqum, untuk melempar jin tersebut. Jin kesakitan.
Disebabkan tidak dapt menahan sakit. Jin yang menjaga tubuh itu keluar dengan sendirinya. Sejurus kemudian, saya bertanyakan soalan kepada pesakit tersebut. Ternyata, pesakit menyimpan tangkal yang diberikan oleh seseorang untuk melindungi diri. Sebuah kain kuning, bertulis khalimah-khalimah Allah dan dijahit dengan benang hitam.
Saya meminta untuk menghapuskan barang itu. Agar pesakit tidak dilindungi daripada mana-mana kuasa selain Allah. Sesungguhnya, Allah itu maha berkuasa.

Sabtu, 6 Mac 2010

Asyik, Sihir, Saka ( silat dan tukang urut )

alhamdulillah, pada hari ini, saya berpeluang sekali lagi untuk merawat seorang pesakit yang telah melakukan 'appointment' sebelum ini. Saya pernah melakukan 'scan' jarak jauh terhadap pesakit ini, tindak balas dan scan jarak jauh tersebut menyebabkan kaki terasa kebas, dan sering mendapat mimpi pelik ( jin marah dengan kesan 'scanning' tersebut).

setelah mengesyaki bahawa pesakit berisiko, pada rawatan pertama, jin tidak ada di tubuh. Namun, selepas sesi kedua iaitu sebentar tadi, jin-jin yang mengganggu pun keluar menunjukkan diri. 4 jin dalam satu tubuh.Bilangan yang kecil, tetapi jin pelbagai jenis.

saya mengeluarkan dahulu jin asyik tersebut. Jin asyik tersebut merupakan jin betina dan beragama islam. Mudah bagi saya menyampaikan dakwah dan berdiplomasi. Jin itu keluar dan berjanji tidak kembali ke tubuh atau mana-mana tubuh manusia yang lain. Kerana jin itu beragama islam. Alhamdulillah. Rawatan yang tidak terlalu panjang.

Jin kedua adalah jin sihir. Jin sihir ini juga adalah jin Islam. Oleh sebab itu, saya hanya berdiplomasi, dan menawarkan untuk keluar daripada tubuh pesakit serta didoakan agar telinga dipekakkan dan tidak boleh mendengar penyihir membacakan mantera untuk menyerunya lagi. Seperti biasa, jin itu telah berjanji tidak akan masuk semula ke tubuh atau mana-mana manusia lain jika tidak dia akan dilaknat oleh Allah, malaikat, Nabi dan umat islam. Alhamdulillah.

Jin seterusnya adalah jin saka mengurut. Dan jin inilah yang sering muncul dalam mimpi pesakit, dan ciri-cirinya yang pandai mengurut itu, sama seperti yang diceritakan oleh pesakit kepada saya. Jin ini juga adalah jin islam. jadi, mudah bagi saya untuk menguruskan perundingan. Jin ini meminta untuk tinggal di rumah baru, kemudian saya memohon kepada Allah untuk diturunkan sebuah rumah baru untuk jin saka tukang urut itu tadi. Selesai memohon doa, jin dapat melihat sebuah rumah baru dan ingin keluar, dan seperti biasa, saya meminta jin itu membuat perjanjian supaya tidak memasuki tubuh pesakit ataupun tubuh manusia lain. Kemudian jin itu keluar dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Jin terakhir adalah jin saka silat. Jin ini terlalu degil, dan kuat menipu. Pelbagai rundingan telah dibuat, namun jin itu tetap berdegil. Masa pantas berlalu, saya telah keletihan begitu juga dengan rakan perawat. Memandangkan hari pun telah jauh malam, saya memberhentikan rawatan dan akan bersambung semula pada keesokan harinya. InsyaAllah.

Moga Allah memberkati pembaca yang budiman. Ameen.

Jumaat, 5 Mac 2010

Ceramah 'Menyingkap Rahsia Alam Ghaib'..

Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya saya baru sahaja selesai memberikan ceramah mengenai rahsia alam ghaib. Ceramah yang berlangsung selama sejam setengah itu memberikan saya banyak peluang untuk berkongsi ilmu Allah kepada peserta bengkel.

Bermula dengan pengenalan kepada alam jin sehinggalah kepada bab perlindungan, Allah memberikan saya kekuatan dan ihlam di sepanjang ceramah tersebut. Pengalaman yang baik dan bermanfaat, di samping dpat bergkongsi sedikit pengalaman merawat bersama-sama peserta.

Dua puluh minit terakhir saya melakukan sedikit contoh untuk mengesan gangguan, sedikit ilmu apabila berhadapan dengan pesakit histeria dan sedikit kaedah mudah mudah untuk memagar diri dan pesakit.

Moga Allah memberikan saya peluang di masa hadapan untuk mencurahkan ilmu kepda orang lain. InsyaAllah.