Jumaat, 3 Disember 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Lama tidak memuat naik masukan baru dalam blog saya ini. Pelbagai cerita ingin dikongsikan, namun masa tidak mengizinkan. Hari ini sedang sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa balik ke kampung halaman yang dirindui. Sabah negeri di bawah bayu.

Terasa sedih dan hiba, banyak kenangan yang tercoret di buku hati sepanjang hampir 4 tahun berjuang di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai tanggungjawab yang dipikul, pelbagai amanah yang digalas, pelbagai rintangan yang diharungi, pelbagai cabaran yang dilalui, pelbagai duka yang ditempuhi. Namun semua itu, Alhamdulillah, Allah sediakan khas untuk saya, supaya saya menjadi lebih matang dalam banyak perkara.

Saya amat bersyukur berada di rantau orang, pelbagai kisah dan ilmu yang dapat ditemukan. Jika ada rezeki, saya ingin berkhidmat di sini. Bumi Allah ini tiada bezanya, sama sahaja, sebab itu saya suka berada di mana-mana tempat. Allah telah menjadikan sesebuah tempat itu dengan kelebihannya yang tersendiri, masing-masing tempat punya keindahan, kemakmuran dan kecantikan. Itu anugerah Allah, jadi manfaatkan kesemuanya ke jalan yang diredhai.

InsyaAllah, sebelum melangkah pulang ke negeri kelahiran, saya akan muat naik beberapa perkongsian untuk pengunjung, pembaca yang budiman.

Wassalam.