Ahad, 24 Januari 2010

Jin Berpindah ke Rumah Baru...

Setelah selesai menyembelih jin sihir, nampaknya, ada lagi seekor jin yang menumpang ditubuh pesakit. Jin ini merupakan jin yang telah lama menetap di kawasan ini. Dan menjadikan rumah pesakit sebagai rumah baru. Kemudian, saya memberitahu jin ini supaya keluar daripada rumah tersebut kerana dia tiada hak menduduki rumah itu dan tidak boleh mencerobohi badan pesakit.

Alhamdulillah, jin ini boleh dibawa untuk berdiplomasi. Saya member tawaran untuk tinggal di sebuah rumah baru. Selang lima minit berfikir, jin itu akhirnya bersetuju untuk tinggal di rumah yang baru dan akan meninggalkan rumah pesakit.

Saya memohon kepada Allah untuk menyediakan rumah untuk jin itu sambil membacakan surah tertentu dan bersungguh-sungguh meletakkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, selesai berdoa, saya meniupkan tangan ke sebelah kiri pesakit, dan bertanyakan jin itu sama ada dia melihat rumah baru atau tidak. Akhirnya, jin itu mengangguk yang dia telah melihat rumah baru. Kemudian, saya memberi arahan keluar kepada jin itu. Sejurus kemudian, pesakit sembuh.

Alhamdulillah.

Tiada ulasan: