Khamis, 4 Februari 2010

Permaisuri Jin Kristian Memeluk Islam.


Ketika selesai melakukan perbincangan mengenai program yang dijalankan di Kolej Kediaman ini. Saya menerima satu panggilan kecemasan dari kolej kediaman yang lokasinya hanya bersebelahan dengan kolej ini.

Pesakit pertama terkena sihir. Setelah menggunakan teknik scan ‘1881’ kaki pesakit kebas dan menunjukkan reaksi dengan goncangan kaki yang kuat. Saya mengarahkan jin sihir bergerak ke kaki kiri atau mana-mana jin tumpang yang menumpang ditubuh pesakit dan saka di sebelah kanan. Kaki kiri sahaja yang menunjukkan reaksi. Saya memberi pilihan sama ingin keluar atau dirotan dan sakit dengan izin Allah. Ada juga yang keluar, dan ada yang terikat dan tidak mahu keluar daripada tubuh pesakit.
Saya berdiri sambil mencari ilham, dan bertenang. Ketika melakukan ruqyah, secara tiba-tiba, seorang lagi pesakit muslimah kerasukan. Allah memberi ujian kepada saya dan perawat-perawat lain. Saya mengetuai rawatan itu, dan dibantu oleh-rakan-rakan lain. Betapa terkejutnya saya apabila jin yang merasuk itu adalah permaisuri jin kristian. Angkuh dan sombong jin itu, sebarang ayat ruqyah yang saya dan teman-teman tiupkan ditepis dengan mudah. Dengan itu, saya mengambil pengalaman lalu, dengan mencari punca kelemahan dinding perisai. Saya sempat bertanyakan kepada permaisuri jin kristian itu, ternyata dia tidak tahu mengenai asal usul agama itu.

Alhamdulillah, setelah letih berbicara dengan jin yang angkuh itu, akhirnya Allah memberikan saya ilham untuk membacakan surah Yasin disekeliling pesakit. Saya dapat perhatikan perisai permaisuri jin itu semakin lemah. Dikesempatan inilah saya memecahkan perisai bersama bantuan rakan-rakan perawat yang lain. Permaisuri jin itu semakin lemah, dan semakin kesakitan apabila saya dan rakan-rakan membacakan ayat azab daripada Allah. Ada yang seperti menyebat, ada yang bertindak seperti menusuk dan saya membuat aksi membelah dadapermaisuri jin itu. Tidak lama selepas itu, permaisuri jin tertiarap di atas lantai. Dan masa inilah saya mengambil kesempatan berdakwah kepada jin itu. Jin itu tidak boleh becakap dan meminta sebatang pen untuk menulis. Soalan demi persoalan telah terjawab. Permaisuri itu adalah jin sihir. Tetapi tidak terikat. Saya dakwahkan jin itu dan memperkenalkan agama Allah, Alhamdulillah, jin itu bersetuju memasuki islam.

Saya telah mengajarkan permaisuri jin itu mengucap dua khalimah shahadah dan memberikan nama baru iaitu, Ainul Mardiah (ilham rakan perawat)serta mengajarkan Ainul ayatul kursi sebagai pembenteng daripada jin-jin yang jahat dan untuk mengelak daripada didekati oleh penyihir. Sebelum keluar daripada tubuh pesakit, saya telah membakar lagi 3 ekor jin yang terikat di kaki Ainul Mardiah. Setelah membuka ikatan, saya mengeluarkan jin-jin itu keluar daripada kaki Ainul Mardiah.

Berbalik kepada pesakit sihir itu tadi, keadaan sama turut berlaku, dengan membacakan Yasin di tepi kri kanan dan atas, Alhamdulillah, ikatan sihir terungkai satu demi satu dan jin keluar serta merta. Saya mengunci tempat jin itu keluar, iaitu di bahagian kaki.

Setelah sedar, pesakit seperti biasa, akan saya berikan dakwah dan tazkirah untuk mendinding diri daripada dikuasai jin atau makhluk halus. Saya berpesan pada diri sendiri dan kepada kedua-dua pesakit agar mengamalkan bacaan surah tertentu untuk menghindarkan diri daripada dikuasai makhluk yang tidak kelihatan. Saya juga tela mengingatkan mereka bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah serta memberi panduan kepda mereka untuk sentiasa melakukan zikir dan tasbih di dalam apa jua keadaan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya ada masalah..saya ada kawan perempuan kristian,dan kami dah menjalinkan hubungan selama setahun..tapi.dia tiba2 berubah dan terus bencikan saya..dan saya ada mengamalkan Al Quran dan dengan.izin Allah sy dapat tahu mengapa dia berubah..dia disihir besar kemungkinan dengan.minyak dagu.. dan yang mengawalnya adalah jin ktistian..kini dia seolah-olah dipukau..dan saya tak.mampu menariknya keluar dari dipukau..boleh ustaz tolong saya??tolong ajarkan cara bagaimana nak.tewaskan.jin.itu dari jarak jauh..saya cukup.sayangkan dia..dan.mahu mengahwininya..

Unknown berkata...

Sebarang jawapan dari ustaz boleh dikirimkan.pada email.sy aizadbriliant@gmail.com