Sabtu, 24 Oktober 2009

Salam Perkenalan..

assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi menjenguk ruangan blog yang tidak seberapa ini. Untuk makluman pembaca yang budiman, segala hasil penulisan yang saya hasilkan di dalam blog ini adalah daripada sumber yang asli dan berdasarkan bukti yang benar. seandainya terdapat fakta atau isi yang melampaui atau menyinggung sila respon secepat mungkin agar saya dapat mengambil tindakan yang wajar untuk maklumat yang salah atau tersilap.

secara keseluruhannya, penulisan dalam blog ini saya cenderung menggarapkan pelbagai cabang ilmu agama untuk ratapan bersama, tanpa mengira peringkat usia mahupun lapisan masyarakat. Ruangan ini juga bakal menyajikan para pembaca dengan pelbagai informasi terbaru yang akan diketengahkan dari masa ke masa.

Harapan saya kepada semua pembaca, agar menyebarkan ilmu yang tercatat di ruangan ini nanti. Seperti yang saudara/saudari maklum, ilmu hanya akan 'hidup' jika kita mengamalkan dan menyampaikannya dengan ikhlas. Semoga apa yang saya dan pembaca budiman lakukan akan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.

2 ulasan:

Azman berkata...

Salam...

Permulaan yang baik, InsyaAllah dengan permulaan yang baik akan berterusan dengan kebaikan. Teruskan dengan dakwah Islam.

Takbir!
Allahuakhbar!

Azmee S. berkata...

wlkmslm..trima kasih untuk sokongan saudara Man..InsyaAllah,saya akan teruskan perjuangan menyebarkan dakwah Islam sedaya upaya mungkin.

Allahuakhbar!