Khamis, 28 Januari 2010

Jin Berselimut Kulit Babi..

Hari yang menguji kesabaran hamba-hambaNya. Semalam, saya melakkan sesi rawatan lagi terhadap seorang pesakit. Pesakit telah disihir. Selepas melakukan 'scan' pesakit kerasukan. Satu barang sihir telah ditemui dan saya mengarahkan seorang sahabat membakarnya selepas membacakan ayat al-Quran.

Apa yang berlaku, jin menjadi lebih agresif berbanding sebelum ini. 'Blocking' yang saya buat tidak mendatangkan kesan yang banyak kepada jin tersebut. Malah jin itu menjadi semakin liar dan menyerang perawat yang ada di sana termasuklah saya sendiri. Jatuh kaca mata ini dipukul oleh pesakit. Tapi, saya dan kawan perawat yang lain tidak berputus asa. Saya mengarahkan muslimah untuk memegang pesakit supaya pesakit tidak bertindak liar.

Saya telah meruqyah, namun kurang memberikan kesan kepada jin. Kemudian, saya bertanya kepada seorang lagi sahabat perawat yang berpengalaman. Alhamdulillah, ada sesuatu yang tidak dipecahkan lagi, iaitu, memecahkan perisai jin. Perisai yang diperbuat secara ghaib daripada kulit babi. Mengetahui hakikat itu, saya dengan izin Allah melemparkan tubuh pesakit dengan ayat-ayat pemecah dengan niat untuk memecahkan kulit babi yang melindunginya.

Alhamdulillah, memang benar, perisai yang pecah itu menyebabkan jin itu kembali lemah dan mampu dikawal dan tidak agresif seperti beberapa minit lepas. Sejurus kemudian, sahabat cuba menenangkan jin, kemudian melakukan diplomasi.

Betapa gembiranya hati saya sert perawat seangkatan, apabila jin itu menerima islam. Rakan saya membawa jin mengucap dua khalimah syahadat, kemudian saya memberikan jin itu nama ( fatimah) baru. Kemudiannya, saya memberikan Fatimah pilihan sama ada ingin ke serambi madinah secara sendirian atau dengan mengikuti jemaah dari serambi. Namun, Fatimah memilih untuk pergi sendiri. Sebelum meninggalkan tubuh pesakit, saya meminta Fatimah supaya tidak kembali lagi ditubuh pesakit dan jika dia kembali, dia akan dilaknat oleh Allah dan layak menerima hukuman pedih. Selain itu, saya telah mengajarkan Fatimah dengan ayatul Qursi sebagai perlindungan daripada gangguan jin jahat atau daripada diseru oleh ketuanya lagi.

Moga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit dan moga pembaca budiman sama-sama mendoakan kesembuhan buat pesakit yang dirawat. Mari sama-sama memperbaiki amal dan menjaga iman sebaik mungkin, sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang taat dan patuh pada perintahNya, insyaAllah.

Tiada ulasan: