Jumaat, 29 Januari 2010

DUA dalam SATU..

Alhamdulillah, Allah memberi peluang pada saya untuk menambah penulisan hasil pengalaman merawat pesakit yang dinganggu jin. Semalam saya menerima satu panggilan kecemasan dari salah sebuah kolej kediaman di sekitar Tg. Malim, pesakit disyaki terkena sihir.

Alhamdulillah, saya smpai ke kolej kediaman tersebut tanpa gangguan di tengah perjalanan. Perkara utama yang saya lakukan adalah mengasingkan pesakit ke tempat yang lebih baik suasananya kemudian membuat benteng agar jin tidak dapat melihat pesakit atau jika ada tukang sihir yang melihat insyaAllah, penyihir tidak akan dapat melihat pesakit.

Ketika melakukan sesi rawatan, tiba-tiba ada seorang budak lagi yang tinggal serumah kerasukan. Saya hanya mengesyaki bahawa budak itu memiliki jin saka atau jin sihir. Saya bernasib baik pada malam itu, Allah telah memberikan saya bantuan dengan kehadiran seorang lagi rakan perawat, dia banyak membantu saya pada malam itu. Saya meminta supaya budak yang kerasukan itu tadi diasingkan ke bilik yang lain dan membuat pagar agar tiada pertalian secara langsung dengan pesakit yang sedang saya rawat.

Sejurus kemudian, saya menghentikan TKR pd pesakit disebabkan pesakit sihir tidak mampu melawan jin di tubuhnya. Sementara menunggu pesakit itu rehat, saya menguruskan pula pesakit yang kerasukan tadi. Memang benar tekaan saya apabila pesakit yang kerasukan tadi memiliki jin saka. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan pada malam itu, saya tidak banyak berdialog dengan jin saka, saya hanya menggunakan teknik kaki, 'ya' atau 'tidak'. Saya memberi pilihan kepada jin saka itu, sama ada ingin keluar dan dihantar ke Darul Islah atau disembelih.

Akhirnya dengan izin Allah, jin itu menerima tawaran pertama, iaitu berpindah ke Darul Islah. Dengan tidak membuang masa, saya terus memindahkan jin dan jin itu keluar daripada tubuh pesakit dan tidak akan kembali lagi ke tubuh itu semula. InsyaAllah.

Selesai pesakit yang memiliki jin saka, saya beralih semula kepada pesakit pertama, dan menyambung sedikit lagi rawatan, namun saya terpaksa menghentikan rawatan terhadap pesakit sihir kerana hari terlalu jauh malam. Dengan menggunakan teknik menidurkan jin, alhamdulillah, semua jin sihir dapat ditidurkan dengan izin Allah. InsyaAllah rawatan akan disambung di hari seterusnya.

Moga pembaca budiman mengetahui dan memahami bahawa, setiap apa yang berlaku itu adalah dengan ketentuan Allah dan hanya dengan izinNya sahaja sesuatu itu akan berlaku. Mari sama-sama meningkatkan amal dan menjaga iman dengan baik. Jagalah hati ini sebaik-baiknya.

Tiada ulasan: