Ahad, 21 Februari 2010

'Scanning' Jarak Jauh (satu R&D)...

hari ini, saya diberikan lagi kesempatan untuk menambah penulisan dalam blog ini.
bezanya, pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik baru, iaitu 'scanning' jarak jauh.

lazimnya pesakit akan datang untuk melakukan scanning dan kaedah ini lebih memberikan kesan jika dilakukan oleh perawat itu sendiri ke atas pesakit secara bersemuka. Namun, dalam beberapa kes pesakit sebelum datang menerima rawatan lanjutan, saya telah menggunakan teknik 'scan' jarak jauh.

Untuk kajian ini, saya baru memulakan dengan 5 orang yang berbeza untuk melakukan R&D 'scan' jarak jauh. walaupun bilangan ini sedikit, namun 3 daripada 5 orang yang disyaki berisiko tersebut menunjukkan tanda-tanda tubuh mendapat gangguan. salah satu kesan daripada teknik 'scan' jarak jauh ini adalah merasa bahang di bahagian-bahagian tertentu, merasa kebas di bahagian-bahagian tertentu, dan denyutan yang berterusan di bahagian-bahagian badan yang tertentu.

Untuk menguji keberkesanan ini, saya hanya melakukan 'scan' tanpa memberitahu pesakit bila saya memulakan proses itu. Kemudian, pesakit itu sendiri akan memberitahu dengan saya bahawa ada yang merasa panas, kebas atau berdenyut tanpa henti di bahagian-bahagian tertentu pada badan mereka.

Namun demikian, saya tidak dapat mengesahkan lagi teknik ini kerana masih berada di peringkat awal. InsyaAllah, jika R&D ini berjaya, mudah untuk perawat melakukan sesi rawatan kepada pesakit yang berisiko (khususnya jin saka, sihir dan asyik).

Namun sebagai peringatan, bagi sesiapa yang ingin melakukan 'scan' berjumpalah perawat-perawat yang telah ditauliahkan atau mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang rawatan secara islam.

Moga pembaca budiman diberkati oleh Allah s.w.t..ameen.

6 ulasan:

semut berkata...

salam, saya amat setuju dengan R&D anda.. kerana dalam pengalaman sy, pernah sy melakukan teknik rotan jarak jauh. Alhamdulillah.. biiznillah.. ianya berjaya.

Muhammad Ariff fahmy bin Pabillah berkata...

salam, saya amat setuju dengan R&D anda.. kerana dalam pengalaman sy, pernah sy melakukan teknik rotan jarak jauh. Alhamdulillah.. biiznillah.. ianya berjaya.

azmee87 berkata...

syukran..

perantau muda berkata...

salam ..bagai mna anta laku kan .. ana biasa gna sentuhan ...klu anta keberatan blh ajarkan ana ....

Tanpa Nama berkata...

Salam, boleh scan kan saya? Saya selalu kena tindih sejak kecil. Nak tau sbb penyakit atau gangguan jin. Selama ni sy buat x tau je tapi since ada beberapa pengalaman tindihan ni "berjangkit" jadi mcm pelik pulak. Thanks. email saya yoyokohaku@gmail.com
Nama Nurul Akmal

Qalbi berkata...

assalamu'alykum sahabat..jika d izinkan sahabat..boleh sahabat ajarkan saya cara scan jarak jauh? saya mohon tunjuk ajar dari sahabat.