Khamis, 4 Februari 2010

Jin ‘tumpang’ Beragama Islam Keluar dan Mendapat Pasangan Baru Dengan Izin Allah.

Pada satu malam sebelum sempat saya tidurkan diri, saya menerima satu panggilan kecemasan. Panggilan itu datangnya daripada jiran kolej kediaman sebelah. Pesakit itu terkena santau, saya mengikhtiarkan pesakit itu dengan meminum air ruqyah dan madu ( madu yang telah diruqyah ditempah khas daripada AKRINE).

Sedang saya melakukan ‘scan’ kepada pesakit santau, mana tahu ada jin lain yang menduduki tubuh pesakit, secara tiba-tiba rakan yang menemani pesakit itu menunjukkan simptom-simptom dimasuki jin.

Saya meminta muslimah mengasingkan kedua-dua mereka dan Alhamdulillah pesakit yang terkena santau itu saya rehatkan sebentar dan fokus pula pada pesakit yang kerasukan tadi.

Saya menggunakan teknik rotan. Setelah lama jin itu tersiksa dengan izin Allah, saya memanggil ketua jin dan ketua jin pun keluar. Jin itu beragama islam. Akhirnya, saya dibantu oleh seorang rakan perawat untuk berdialog dan memujuk jin itu. Saya amat bersyukur pada Allah kerana Jin itu ingin keluar sekiranya Allah memberikannya seekor jin betina yang mirip seperti pesakit itu. Dengan tidak membuang masa, saya bersungguh-sungguh dan meletakkan diri pada Allah agar Allah memberikan jin itu seekor jin betina yang sama seperti wajah pesakit. Maha Suci Allah, jin itu melihat sambil tersipu malu melihat jin betina di tepi kirinya. Kemudian, saya menamakan jin itu sebagai Amirul (ilham rakan perawat) dan jin betina itu bernama Lasmi, yakni nama tuan empunya tubuh.

Dengang tidak membuang masa, saya meminta ketua jin itu keluar bersama-sama anak buahnya dan membacakan ikrar bersama supaya tidak memasuki tubuh pesakit itu lagi dan sekiranya Amirul kembali, dia akan dilaknat oleh Allah.

Selesai melakukan rawatan, dan pesakit telah sedar, saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedkit tazkirah untuk menguatkan ingatan kepada Allah yang maha mencipta dan maha berkuasa. Ingatlah bahawa hati kunci penting untuk menguatkan diri, insyaAllah.

2 ulasan:

Alfirus berkata...

Saya agak sedikit mushkil dengan jin betina yang diberi nama Lasmi kerana ia dikatakan mirip dengan pesakit.

Adakah mereka 'jin' 90% mirip dengan manusia melainkan mereka tidak berjasad?

Tanpa Nama berkata...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslimin Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Salam..jka anta diganggu oleh makhluk halus, selain drp ayat-ayat Allah sila cuba langkah-langkah ini..
1- pejamkan mata dgn memperbanyakkan zikir: Ya Allah Ya Adzim
2- kemudian tekan mata yg pejam itu dgn jari secara perlahan-lahan sehingga anta kelihatan satu cahaya seakan kekuningan.
3- teruskan fokus pada cahaya tersebut hingga anta akan kelihatan seakan biji mata..
4- teruskan fokus kearah mata tersebut hingga tebus ke mata tersebut (bg mematikan makhluk halus-jin/syaitan)
5- setiap perbuatan disebut diatas mesti diikuti dgn zikir tadi untuk melenyapkan jin/syaitan laknatullah menghampiri..

InshaAllah, dgn izin Allah lenyaplah & sembuh penyakit membisik atau apa jua.. Makhluk tiada kuasa..Yang berkuasa hanysanya ALLAH SWT..