Rabu, 10 November 2010

Ruqyah dan Terus Meruqyah..

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah hari ini diberi lagi peluang untuk bernafas, dan mengecapi nikmat ciptaan Maha Agung. Maha Suci Allah, menjadikan langit dan bumi, serta segenap isinya.
Selawat dan Salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad saw,keluarga para sahabat.

Ruqyah merupakan kaedah yang penting dalam rawatan. Kes rawatan semalam merupakan satu kes rawatan yang dikira tidak memerlukan masa yang panjang. Hanya menggunakan teknik ruqyah daripada ayat-ayat suci al-Quran pesakit menekan perut kesakitan. Bacaan demi bacaan, dengan tartil, pesakit kerasukan.

Hanya menggunakan medium limau dan diletak di bawah telinga (hanya sekadar medium, untuk mengelakkan daripada menyentuh pesakit) sambil membaca ruqyah, sebentar kemudian, jin mengenluarkan banyak kata-kata,bercakap tanpa henti,menceritakan perkara lepas mengenai pesakit. Namun, saya bersama rakan perawat muslimah tidak mempedulikan kata-kata yang dikeluarkan, kerana kita tahu jin suka menipu dan cuba memutar belitkan perawat.

Jin ini adalah jin saka. Jin ingin membuat perjanjian dan keluar, namun, saya tidak membenarkan apa jua jenis perjanjian. Yang saya inginkan hanyalah jin itu keluar kerana Allah dan dengan izin Allah. Kata demi kata yang dikeluarkan oleh jin, saya tidak endahkan, malah meminta dua rakan min untuk membacakan surah Yaasiin.

Jin kemudiannya memberi saya pilihan dengan ugutan bunuh ke atas pesakit dan juga kepada saya. Saya hanya berkata "hidup mati adalah milik Allah SWT". Pesakit meraung kesakitan (jin) minta dihentikan bacaan ruqyah. Saya tetap meneruskan bacaan, hingga sampai satu ketika, jin tidak dapat menahan rasa panas ayat yang dibacakan kepadanya, keluar dan meninggalkan tubuh pesakit.

Selesai rawatan, saya membekalkan pesakit dengan beberapa wirid dan potongan ayat Quran untuk diamalkan, kerana Allah. Kemudian memberi sedikit tazkirah mengenai amalan seharian dan meningkatkan amal dan taqwa.

Sesungguhnya, kesembuhan itu hak mutlak Allah SWT. Berdoalah untuk memohon ksembuhan, perawat hanyalah medium penyampai amanah Allah SWT. Jangan bergantung pada perawat, tetapi bergantung dan berpegang teguhlah pada Allah SWT.

Wallahualam.

Tiada ulasan: